Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

followers

Rabu, 19 September 2012

Cinta Karmaku part 2


      Berbalik kepada kisah aku yang tak berkesudahan pada bahagian entri ini yang sebelumnya, bukan mudah untuk aku ceritakan. Mungkin ada yang menanti sambungan entri ini. Jadi aku sambung entri ini walau pada hakikatnya, aku tak rela sebenarnya. Aku tak berniat nak kisahkan ceritera cinta aku di sini, tapi anggaplah kisah aku dan kisah dia, sedikit sebanyak menambahkan asam garam dalam kehidupan kita semua. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan aku.
      Aku mempunyai kekasih. Orang yang paling aku sayang. Pernah dulu aku meletakkan dia sebagai nombor 1 di dalam hidup aku. Dia adalah segala2nya.. tak pernah seumur hidupku aq meletakkan seorang wanita menandingi sahabat2ku. Tp ia berjaya membuat aq sebegitu..
      Tiap kalinya dia merindukan aku, tanpa sempat ingin merasa rindu, terpacak aku hadir di sisinya. Dek kerana taknak dia merengek, habis sahaja azan, aku terus memecut ke sana dan kadang-kala dari habis azan, terus berkumandang azan yang seterusnya, aku masih tidak mengambil air sembahyang (faham-faham je lah maksudnya). Nyatanya betapa bodoh dan banggangnya aku hanya kerana keinginan seorang wanita, aku abaikan perkara yang patut aku dulukan. 
      Tiap kalinya dia merindukan aku, aku sanggup mengetepikan saat yang sepatutnya aku bertemu kedua ibu bapa aku mahupun keluarga aku dengan seribu-satu alasan. Hanya untuk bersama dia yang tersayang. Mungkin aku lupa siapa lagi yang patut aku dulukan. Benarlah aku hanya hamba cinta yang buta dari segala aspek.
      Tiap kalinya dia inginkan sesuatu, aku ikutkan apa kemahuannya. Walau adakalanya poket ini ketandusan ringgit untuk dilaburkan, aku sanggup melahap Maggie untuk santapan perut yang kian berkeroncong. Cukuplah sekadar menahan desakkan keroncong yang makin bercelaru dan bergentangan. Asalkan dia dapat apa yang dia inginkan, aku sanggup buat apa sahaja. Kononnya, jika dia gembira, aku juga bahagia. 
      Seribu-satu kesalahan dilakukan, aku tetap memaafkan dan cuba membutakan mata walau kadang-kala segalanya terjadi di depan pengetahuan aku sendiri. Biar hati remuk-redam, segalanya terpadam kerana cinta yang mendalam.
      Banyak lagi perkara bodoh di dalam dunia percintaan bagi seorang lelaki seperti aku. Adakalanya kita inginkan wanita idaman yang sederhana sahaja. Yang berbudi bahasa, pandai menghormati kita, bertudung dan sungguh ayu sekali senyumannya. Tetapi apa yang kita inginkan, bukan selalu menjadi hak milik kita. Adakalanya terkurang dan adakalanya terlebih. Apa yang kita dambakan, mungkin termaktub sebagai hak orang lain yang lebih layak.
      Aku tak rasa itu sebagai hukum karma lelaki yang tak pernah sesekali mengejar kesempurnaan. Tapi mungkin itu bukan jodoh sebenar yang tertulis semasa perjanjian kehidupan aku turun ke bumi. Dan aku percaya, seribu satu kesilapan yang pernah aku lakukan, segalanya sudah tertulis tanpa mampu aku elakkan.
      Ketika saatnya aku menerima siapa sahaja yang hadir dan sekali lagi kebodohan aku sebagai seorang lelaki menjelma sehingga mengabaikan apa yang tidak sepatutnya aku abaikan. Oleh kerana kebodohan tidak belajar dari kesilapan yang lalu, sekali lagi aku terhanyut di lambung ombak kasih. Aku terhanyut tanpa aku sedari.
     Sebagai remaja, tiada bezanya aku dengan kebanyakkan remaja di luar sana. Berpegangan tangan, berpeleseran sana sini dan kadang-kala lebih dari itu, sudah ku lakukan. Apa yang peliknya, semasa semua itu berlaku bukan aku tidak pernah ingatkan Allah. Bukan juga aku tidak pernah ingatkan mati. Tetapi dah menjadi kebiasaan bukan perkara tersebut untuk pasangan yang bercinta. Katanya, tak pegang tangan tak romantik. Tak peluk bahu, tak sama dengan pasangan bercinta lain.
      Dari segi keburukkan, semuanya dibezakan dengan orang lain. Tetapi dari segi kebaikkan, jarang sekali dilihat apa yang baiknya. Apa yang diharamkan agama, itu selalunya yang suka kita lakukan. Apa yang diharuskan agama, dah tentunya sukar untuk kita jalankan.
      Itulah ceritera kebodohan percintaan aku di mana aku terlupa, hukum karma sebenarnya antara aku dan Allah. Hari ini aku lupakan Dia, tapi Dia tak pernah lupakan aku. Hari esok aku lupakan Dia lagi, masih kuat ingatan Dia kepada aku untuk mengajak aku kembali ke rahmatNya. Hari-hari aku ingatkan mati, tapi adakalanya aku buat-buat lupa dengan itu semua. Serta-merta aku dilihatkan dengan kematian didepan mata sendiri, menitis sayu air mata merenung ke langit yang ada kalanya seakan tidak ingin lagi meneduhkan aku di muka bumi ini.
      Kisah sebegini, jangan dipandang kononnya dari pengalaman hidup aku semata-mata. Aku percaya ramai antara kita yang melalui proses hidup yang sama, samaada sedar atau tidak. Proses yang mematangkan kehidupan. Proses mencorakkan kain putih yang kita bawa semasa turun ke bumi dahulu. Entah apa coraknya, pandai-pandailah lihat sendiri. Jika penuh dengan kekotoran, pandai-pandai kita jugalah untuk mencuci.
      Tangan terikat ke langit dan kaki terpacak dalam ke bumi. Itulah kehidupan yang memaksa aku untuk terus dijalankan. Semoga hidup aku penuh dengan keredhaan. Dunia menyakitkan aku, dunia merosakkan aku dan dunia juga yang mematangkan aku. Berani buat berani tanggung. Hukum Karma, aku terima apa adanya.
      Diusia seawal ini, syukur masih sempat untuk aku belajar apa itu cinta sejati dunia akhirat dan apa itu kebodohan hanya kerana seorang wanita hiasan duniawi. Mungkin sebentar lagi, hari esok, lusa atau bila-bila sahaja akan hadir sebuah sinar yang sememangnya sudah tertulis untuk ku....=')

2 ulasan:

~Farhan Amin~ berkata...

your real story????

Princess Pinky berkata...

:') semoga dirimu menemukan cinta sejati. amin.