Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

followers

Isnin, 29 April 2019

KERETA SEWA / CAR FOR RENT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenderaan/kereta/motosikal untuk disewa sekitar Bangi/Serdang/UPM Serdang/Putrajaya dan KLIA..Kadar sewaan adalah seperti berikut:

http://www.wasap.my/601112770992/kereta sewa

Kereta Myvi                      = RM7/jam
                                              RM120/hari

Kereta Saga vvt                 = RM7/jam
                                              RM120/hari


Motosikal

wave ultimo 125cc             = RM5/jam
                                            = RM150/bulan

***********************************************************************************

Vehicles / cars / motorcycles for rent around Bangi / Serdang / UPM Serdang / Putrajaya and KLIA .. Rental rates are as follows:

http://www.wasap.my/601112770992/car for rent

Myvi car                           = RM7 / hour
                                             RM120 / day

Saga car vvt                      = RM7 / hour
                                             RM120 / day

Motorcycle

ultimate wave 125cc         = RM5 / hour
                                          = RM150 / month

Rabu, 26 Julai 2017

Proses Penyambungan Meten TNB Baru

Salam .. Hari ni aku nak share sikit berkaitan dengan prosedur atau cara penyambungan elektrik rumah ni..

Benda paling best hari ni habis aku pusing satu Serdang hari ini semata-mata nak cari TNB Seri Kembangan. and the last korang tahu waze tu bawa aku kemana?? Dia bawak aku pergi ke pencawang TNb tauu! Penat aku pusing - pusing satu Serdang Raya tu semata - mata nak cari Pusat Servis Tenaga Nasional Berhad. Sudahlah aku kejar masa untuk pergi kerja time tu. Punya la rushing. Nak masuk office cepat.. Haduyai..


Ok. Cukup.. Untuk pengetahuan korang, baru - baru ni aku baru sahaja selesai beli rumah subsale jenis apartment di sekitar serdang ni la.. Walaupun rumah yang aku beli tu takde la secantik mewah dan besar mana, tapi dengan nilai RM90,000 di dalam kawasan universiti, berhampiran KTM, shopping mall, kilang - kilang dan sebagainya. Rm90,000 tu sangat lah berbaloi lagi - lagi dalam kawasan Selangor dan tengah-tengah diantara Putrajaya dan Kuala Lumpur ni. 

Jadi Selepas semuanya selesai tandatangan Sale And Purchase Agreement (S&P or SPA) ni aku bincang la dengan owner yang aku ni nak guna rumah tu kalau boleh cepat la supaya aku boleh cat dan buat renovation sikit dekat rumah tu. Setelah bincang - bincang dan sebagainya owner rumah ni dengan baik hatinya menyerahkan kunci rumah tu kepada aku untuk aku gunakan sebelum hak milik rumah tu ditukarkan. Untung la jugak. So dalam masa tukar nama tu berjalan, aku buleh la stay rumah tu tanpa bayar sewa and buat apa yang patut. hahaha

Cuma apa yang aku nak ceritakan di sini, lepas je aku dah sign bank agreement apa semua aku plan nak masukkan elektrik dulu supaya aku buleh buat kerja dalam rumah tu dalam keadaan cerah dan sejuk sebab ada kipas. So untuk proses Penyambungan Meten TNB baru ni korang sebenarnya kene sediakan 5 perkara ini;

1) Salinan Kad pengenalan depan dan belakang si pemohon tu.
2) Salinan S&P yang telah di matikan setem di LHDN .
3) Borang Permohonan Penyambungan Elektrik (ni korang boleh pegi page TNB ada dekat situ)
4) Bil Terakhir owner lama yang dah buat pembayaran atau pemotongan.
5) Duit deposit penyambungan (Jumlah dia bergantung kepada jenis rumah yang korang beli. Macam aku rumah apartment RM160 je + Rm10 Setem hasil pada borang tu Then rm3 charge service.)


Then selesai siapkan dokumen ni, korang pergi terus ke Pusat Khidmat Pelanggan TNB dan daftarlah akaun terbaru untuk meter elektrik anda.SELESAI.

Khamis, 9 Mac 2017

Prosedur Perkahwinan Di Malaysia Menyukarkan?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua..

Sempena cuti sekolah yang akan datang akan datang ni, aku terima berduyun - duyun kad jemputan perkahwinan dari rakan - rakan mahupun sanak saudara. Syukur alhamdulillah, dengan datangnya kad jemputan yang berduyun - duyun ini, aku mula berfikir bahawa mudahnya satu pernikahan itu.

Namun anda semua jangan lupa, dalam kegembiraan setiap pasangan pengantin itu, meka telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum mereka begelah Raja Sehari.

Tahukah Anda?

Bahawa prosedur di Malaysia ini kelihatan mudah, namun hakikatnya ia perlu menjalani pelbagai prosedur dan langkah yang menelan kos yang tinggi. Sesungguhnya perkahwinan mengikut syarak itu tersangatlah mudah. Namun mengapa kita sebagai rakyat Malaysia ini disukarkan dengan pelbagai prosedur yang langsung tidak boleh dikompromi. Tidak dapat dinafikan bahawa segala prosedur dan syarat yang dilaksanakan tersebut untuk kebaikan di masa hadapan, namun sejauh manakah prosedur yang dilaksanakan itu dapat membantu Masalah Sosial di negara ini sekarang?


Sejujurnya jika anda semua alami sendiri bagaimana peritnya Prosedur Perkahwinan ini, anda akan mula berfikir adakah semua prosedur ini mampu:

1) Menyelesaikan pelbagai masalah sosial di negara ini?
    Ataupun ia merupakan salah satu punca mengapa berlakunya masalah sosial di Malaysia ini seperti berkhalwat dan sebagainya.

2) Mengelakkan berlakunya penceraian rumah tangga?
Atau ianya hanya satu punca bagi salah seorang untuk mengungkit kembali kesusahan yang dihadapi ketika ingin berkahwin dahulu.

3) Menghalang dari berlakunya perbuatan zina?
Atau lebing mengundang kepada perbuatan tersebut.

Justeru itu, disini ingin saya mohon pendapat serta pandangan dari rakan - rakan sekalian.. Adakah wajar jika Jabatan Agama Islam Malaysia mengkaji kembali prosedur yang dilaksanakan ini adakah membantu rakyat ini mengamalkan sunnah rasulullah ini ataupun menyukarkan lagi sesuatu perkahwinan itu berlaku? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ahad, 14 Februari 2016

#4MyFutureWife

SUAMI KU MILIK IBUNYA Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan... Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku... Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku... Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik... Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras.. Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu... Seorang suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

Selasa, 25 Jun 2013

kerana_Mu ya Allah

Untuk HATIKU yang masih menanti,
Menantilah dengan cinta.
Cinta yang akan membuatmu menerima apapun kehendak_Nya.
.
Untuk HATIKU yang masih menunggu,
Menunggulah dengan senyum.
Senyuman ikhlas pada siapapun yang selalu menanyakannya.

Untuk HATIKU yang masih mencari,
Carilah dengan ikhtiar yang suci.
Ikhtiar dengan harapan dan ketundukan,melangkah dalam koridor di jalan_Nya..

Untuk HATIKU yang masih merindu,
Rinduilah Dia yang paling layak untuk dirindu. Merindukan_Nya adalah penantian dan pencarian yang terindah..

Untuk HATIKU & HATIMU,sesungguhnya kau dan aku berada dalam genggaman_Nya.Jangan pernah meragukan,apa yang sudah ada dalam ketetapan_Nya..

Hari ini kutulis surat untuk sebuah HATI,berharap HATI ini hanya menanti,menunggu,mencari dan merindu hanya kerana_Mu ya Allah..

Jumaat, 5 April 2013

Aku Mencintaimu kerana Cintaku kepada ALLAH


Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah. ..
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah. ...           
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapet jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain
dan
kemudian Jodohkan kembali si dia dengan ku ...
"Amiin..."

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Terima Kasih… Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.


Ahad, 4 November 2012

Just Learn From Mistake

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....T_T