Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

followers

Rabu, 26 Julai 2017

Proses Penyambungan Meten TNB Baru

Salam .. Hari ni aku nak share sikit berkaitan dengan prosedur atau cara penyambungan elektrik rumah ni..

Benda paling best hari ni habis aku pusing satu Serdang hari ini semata-mata nak cari TNB Seri Kembangan. and the last korang tahu waze tu bawa aku kemana?? Dia bawak aku pergi ke pencawang TNb tauu! Penat aku pusing - pusing satu Serdang Raya tu semata - mata nak cari Pusat Servis Tenaga Nasional Berhad. Sudahlah aku kejar masa untuk pergi kerja time tu. Punya la rushing. Nak masuk office cepat.. Haduyai..


Ok. Cukup.. Untuk pengetahuan korang, baru - baru ni aku baru sahaja selesai beli rumah subsale jenis apartment di sekitar serdang ni la.. Walaupun rumah yang aku beli tu takde la secantik mewah dan besar mana, tapi dengan nilai RM90,000 di dalam kawasan universiti, berhampiran KTM, shopping mall, kilang - kilang dan sebagainya. Rm90,000 tu sangat lah berbaloi lagi - lagi dalam kawasan Selangor dan tengah-tengah diantara Putrajaya dan Kuala Lumpur ni. 

Jadi Selepas semuanya selesai tandatangan Sale And Purchase Agreement (S&P or SPA) ni aku bincang la dengan owner yang aku ni nak guna rumah tu kalau boleh cepat la supaya aku boleh cat dan buat renovation sikit dekat rumah tu. Setelah bincang - bincang dan sebagainya owner rumah ni dengan baik hatinya menyerahkan kunci rumah tu kepada aku untuk aku gunakan sebelum hak milik rumah tu ditukarkan. Untung la jugak. So dalam masa tukar nama tu berjalan, aku buleh la stay rumah tu tanpa bayar sewa and buat apa yang patut. hahaha

Cuma apa yang aku nak ceritakan di sini, lepas je aku dah sign bank agreement apa semua aku plan nak masukkan elektrik dulu supaya aku buleh buat kerja dalam rumah tu dalam keadaan cerah dan sejuk sebab ada kipas. So untuk proses Penyambungan Meten TNB baru ni korang sebenarnya kene sediakan 5 perkara ini;

1) Salinan Kad pengenalan depan dan belakang si pemohon tu.
2) Salinan S&P yang telah di matikan setem di LHDN .
3) Borang Permohonan Penyambungan Elektrik (ni korang boleh pegi page TNB ada dekat situ)
4) Bil Terakhir owner lama yang dah buat pembayaran atau pemotongan.
5) Duit deposit penyambungan (Jumlah dia bergantung kepada jenis rumah yang korang beli. Macam aku rumah apartment RM160 je + Rm10 Setem hasil pada borang tu Then rm3 charge service.)


Then selesai siapkan dokumen ni, korang pergi terus ke Pusat Khidmat Pelanggan TNB dan daftarlah akaun terbaru untuk meter elektrik anda.SELESAI.

Tiada ulasan: