Assalamualaikum dan Salam Bahagia Semua..
Sempena cuti sekolah yang akan datang akan datang ni, aku terima berduyun - duyun kad jemputan perkahwinan dari rakan - rakan mahupun sanak saudara. Syukur alhamdulillah, dengan datangnya kad jemputan yang berduyun - duyun ini, aku mula berfikir bahawa mudahnya satu pernikahan itu.
Namun anda semua jangan lupa, dalam kegembiraan setiap pasangan pengantin itu, meka telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum mereka begelah Raja Sehari.
Tahukah Anda?
Bahawa prosedur di Malaysia ini kelihatan mudah, namun hakikatnya ia perlu menjalani pelbagai prosedur dan langkah yang menelan kos yang tinggi. Sesungguhnya perkahwinan mengikut syarak itu tersangatlah mudah. Namun mengapa kita sebagai rakyat Malaysia ini disukarkan dengan pelbagai prosedur yang langsung tidak boleh dikompromi. Tidak dapat dinafikan bahawa segala prosedur dan syarat yang dilaksanakan tersebut untuk kebaikan di masa hadapan, namun sejauh manakah prosedur yang dilaksanakan itu dapat membantu Masalah Sosial di negara ini sekarang?
Sejujurnya jika anda semua alami sendiri bagaimana peritnya Prosedur Perkahwinan ini, anda akan mula berfikir adakah semua prosedur ini mampu:
1) Menyelesaikan pelbagai masalah sosial di negara ini?
Ataupun ia merupakan salah satu punca mengapa berlakunya masalah sosial di Malaysia ini seperti berkhalwat dan sebagainya.
2) Mengelakkan berlakunya penceraian rumah tangga?
Atau ianya hanya satu punca bagi salah seorang untuk mengungkit kembali kesusahan yang dihadapi ketika ingin berkahwin dahulu.
3) Menghalang dari berlakunya perbuatan zina?
Atau lebing mengundang kepada perbuatan tersebut.
Justeru itu, disini ingin saya mohon pendapat serta pandangan dari rakan - rakan sekalian.. Adakah wajar jika Jabatan Agama Islam Malaysia mengkaji kembali prosedur yang dilaksanakan ini adakah membantu rakyat ini mengamalkan sunnah rasulullah ini ataupun menyukarkan lagi sesuatu perkahwinan itu berlaku? Renung-renungkan dan selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan